skip to main |
skip to sidebar
I'm so sorry buah hati..
Since ahad lepas hubby pegi outstation . Rounding satu malaya..from Lumut up to Kedah, down to Mersing. Tadi dia call dah ada kat JB. Esok siapkan site JB pastu ke Batu Pahat pulak then to Melaka pastu balik KL. Hari Rabu or Khamis ke Kelantan & Terengganu pulak. Kesian dia...nak buat cemana kan..hidup ni satu pengorbanan. And as for me and hubby, hidup kitaorang semata-mata untuk anak-anak. Yes..it's all for them. Sometimes aku kesian kat anak-anak aku..ye lah..dapat mama yang garang cam aku nih. Yes, aku admit aku garang and kasar. But that's how I am. Kadang-kadang bila aku marah-marah diaorang, kesiannnnn sangat bila tengok diaorang terkebil2 tengok aku. And last sekali bila diaorang tidur, aku peluk diaorang kuat-kuat...cium diaorang puas-puas. Diaorang lah semangat, nyawa, udara aku...and aku selalu mintak pada Tuhan, kalau nak ambik diaorang, ambiklah aku sekali. Aku tak boleh hidup kalau takde anak2 aku. To Zurin Ashikin, Zafirah Safiah & Muhammad Rafiq Aizuddin..mama sayanggggg sangat kat awak semua. Sangat sangatttt sayang. Mama minta maaf sangat kalau mama selalu marah-marah. Mama marah bukan sebab mama benci..mama marah sebab mama sayang. Mama tak nak anak-anak mama jadi tak pandai macam mama. Mama nak anak-anak mama hidup senang, jadi orang pandai, orang berguna. Kalau dah senang nanti tak nak ingat kat mama pun takpe...janji anak-anak mama hidup senang. Tak payah nak tahan-tahan makan macam mama & papa. Tak payah buat-buat happy bila pakai baju yang dah dipakai berpuluh ribu kali pastu kena dengar orang kata kita ni kedekut tak nak beli baju baru. Mama tak nak anak-anak mama rasa susah macamana mama & papa susah. Mama harap kaka, adik & Rafiq faham kenapa mama selalu marah-marah. Mama minta maaf banyak-banyak.
No comments:
Post a Comment